Membersihkan Beras :-
*Jangan dibasuh beras lebih dari tiga kali krana ia akan mengurangkan kanji dan khasiatnya
akan hilang.
Beras Tidak berkutu:-
*Masukkan beberapa tangkai cili kering atau serai ke dalam bekas beras.
Hasilnya beras tidak akan berkutu dan sebaliknya berbau wangi.
Menghilangkan Hapak Beras :-
*Caranya ialah dengan membasuh dan masak beras iru seperti biasa di dalam periuk.
Apabila airnya kering, masukkan sehelai daun pandan ke dalamnya.
Beras Tidak Bermutu:-
*Kalau anda tersilap membeli beras dan mendapatinya kurang enak dan tidak bermutu,
cubalah petua ini untuk mengatasinya :-
Goreng beras tanpa minyak dan rendam dalam air beberapa minit. Masaklah seperti biasa.
...............................................................
B)AYAM:
lembutkan ayam:-
1. Tumbuk setengah sudu kecil lada hitam dan sedikit halia.Rebus bahan ini bersama ayam sehingga
lembut. Setelah ayam dicuci bersih, gaulkan dengan tepung beras. Kemudian goreng ayam ini.
2. Daun nangka boleh melembutkan daging ayam yang liat. Ketika memasak ayam, masukkan beberapa
helai daun nangka kedalamnya.
3. Ketika memasak ayam kampung, masukkan beberapa potong tempe. Ayam akan cepat empuk.
4. Masukkan daun betik ketika merebus ayam itu.
5. Masukkan beberapa keping tempurung kelapa tua ketika merebus ayam.
lembutkn dgg:
-Daging yang keras menyukarkan proses memasak. Oleh itu ambil segenggam beras pulut dan
masukkan ke dalam periuk yang digunakan untuk merebus daging. Dalam masa yang singkat,
daging akan lembut. Cara ini juga boleh digunakan untuk melembutkan ayam kampung.
Daging mudah empuk:-
-Untuk mendapatkan daging yang mudah empuk dan menjimatkan masa, anda hanya perlu meletakkan
beberapa helai daun nangka ke dalam masakan anda.
Hilangkan Bau Hamis Daging:
-Rebus daging sampai mendidih airnya. Biarkan terus sampai berbuih. Buangkan buih tersebut
sedikit demi sedikit dengan menggunakan senduk sehingga buihnya habis. InsyaAllah dengan
cara ini anda akan dapat mengurangkan kandungan kolestrol dan bau hamis daging.
Ayam Sentiasa Segar:
-Balik saja dari pasar kita jangan biarkan ayam terlalu lama tersimpan dalam plastik. Ini
boleh menjadikan ayam tersebut berbau busuk. Bila semuanya telah dicuci, kita hendaklah
perap ayam dengan tepung gandum seketika, dan lepas itu kita mencucinya semula. Barulah
simpan dalam peti sejuk
Ayam goreng lebih sedap:
-Untuk mendapatkan ayam goreng lebih sedap dan berbau wangi, tumbukkan 3 ulas bawang putih
untuk 1/2 ekor ayam. Gaul dengan garam kunyit. Lumurkan pada ayam yang hendak digoreng.
Goreng sampai benar-benar garing dan angkat. Selamat mencuba....
-Semasa hendak mengoreng ayam, perah sebiji asam limau nipis ke dalam minyak, kemudian masukkan
ayam. Hasilnya ayam kita cepat rangup.
-Untuk mengekalkan kerangupan ayam goreng cuba masukkan sebiji telur ayam ketika mengaul ayam
bersama garam dan kunyit. Setelah itu gorenglah ayam seperti biasa.
.......................................................................
C)BUAH-BUAHAN:
A)Memilih Nanas :-
* Pilih nanas yang berat, padat dan mata kuningnya tidak menonjol.
* Warna kulitnya mestilah kuning keemasan, cerah dan tidak ada bintik-bintik putih.
Buah-buahan kelihatan segar :-
*Untuk membuatnya kelihatan segar,sapukan buah-buahan tersebut dengan minyak kelapa
kemudian renjiskan dengan air. Cara ini sesuai untuk buah-buahan sebagai hantaran.
Buah yang dipotong berubah warna:-
* Celupkan buahan ke dalam air limau nipis. Hasilnya buah-buahan ini tidak akan berubah warnanya.
* Boleh juga mencelupkan buah-buahan tersebut dalam air gula. Selain mengekalkan kesegarannya,
ia juga menambahkan rasa manis pada buah-buahan tersebut.
Untuk menghilangkan kesan bahan kimia pada kulit buah-buahan seperti epal atau pir, basuh
buah itu dengan air garam dan bilas dengan air biasa.
Mengelakkan pisang cepat busuk:
-Ambil secupak berasa dan letakkan di dalam mangkuk yang besar, kemudian letakkan pisang
(kambus pisang ke dalam beras tadi) letaklah selama mana yang anda suka sehingga pisang
tadi hendak di gunakan, insya Allah pisang tidak cepat busuk. Selamat Mencuba
.........................................................................................
D)CILI:
Cili Kisar Tahan Lama:-
* Buang biji cili kering terlebih dahulu dan rendam semalaman.
* Kisarkan sehingga hancur. Rebus bersama sekit minyak masak sehingga kering.
* Apabila sejuk, masukkan ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti sejuk.
atau
*Masakkan cili dengan air dan sedikit garam. Setelah sejuk bolehlah dikisar hingga hancur.
Simpan dalam peti sejuk.
Menghancurkan Biji Cili:-
-Kita sering menghadapi masalah untuk menghancurkan biji cili setelah dikisar:-
* Masukkan cili dan bahan-bahan lain ke dalam balang pengisar.
* Tuangkan sedikit minyak masak ke dalam balang pengisar tadi.
* Kisar sehingga semuanya hancur.
.....................................
E)RANGUPKAN CUCUR:
Meranggupkan Cucur:-
-Masukkan dua sudu besar minyak panas ke dalam bancuhan tepung. Kacau rata-rata kemudian
barulah digoreng. Cucur akan terasa enak bila dimakan.
-JEMPUT2:Lembut dan Enak
1. Kuih jemput-jemput sesuai dihidangkan sebagai sajian petang. Ia digemari terutamanya
oleh kanak-kanak. Untuk membuat jemput-jemput yang lembut dan sedap, ini ada satu petua :
* Rendamkan beberapa keping roti dalam air dan bairkan seketika.
* Gaulkan roti tadi bersama bancuhan tepung. Kemudian goreng jemput-jemput ini
seperti biasa.
2. Campurkan sebiji telur ke dalam bancuhan tepung. Goreng dalam minyak yang banyak.
Jemput-jemput akan terasa enak dan rangup.
cucur pisang cantik:
-Untuk mendapatkan cucur pisang yang cantik dan sedap, seeloknya pisang dikisar bersama gula
sebelum diadun bersama tepung. Kemudian tutup dan biarkan adunan selama lebih kurang empat
jam sebelum digoreng. Selain itu adunan tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk.
lembutkan donat:
-Rebus dua atau tiga biji ubi kentang. Lenyek ubi kentang yang direbus ke dalam bancuhan
tepung. Pasti donat tetap lembut walaupun telah sejuk.
pau lbh enak:
-Rebus daun pandan dan gunakan air rebusan tadi untuk membuat pau. Masukkan juga beberapa
helai daun pandan dalam air yang digunakan untuk mengukus pau.
pisang goreng lbh rangup:
-Masukkan sedikit tepung kastard yang dicampurkan ke dalam tepung gandum. Apabila kedua-duanya
sudah dibancuh sebati, masukkan pisang ke dalamnya dan goreng seperti biasa.
.................................................................................
F)IKAN:
Ikan garing dan Tidak Melekat:-
-Masukkan sekeping asam gelugur ketika mengoreng ikan. Anda akan dapati ikan tersebut
tidak melekat dan cepat garing.
Ikan Goreng Tidak Hanyir:-
-Kadangkala ikan yang digoreng tidak garing dan berbau hanyir. Bagi mengelakkannya cuba
amalkan petua ini :-
1. Sebelum menggoreng, taburkan serbuk kunyit pada minyak yang telah dipanaskan.
Kemudian masukkan ikan yang digaul dengan garam sahaja. Goreng ikan seperti biasa.
Ikan tidak berasa hanyir walaupun telah sejuk.
2. Campurkan sedikit serbuk kunyit, bawang putih serta garam. Lumurkan rata-rata pada ikan
dan perapkan beberapa minit. Kemudian goreng ikan seperti biasa.
3. Air basuhan beras jangan dibuang, ia boleh digunakan untuk membasuh ikan. Setelah ikan
dibersihkan, rendam dengan air beras beberapa minit. Kemudian dicuci dengan air.
Hilangkan Hanyir Ikan Sungai:-
1. Siang ikan dahulu dan rendamkan ke dalam air garam selama 15 minit. Gunakan garam kasar.
Kemudian cuci dengan air bersih.
2. Gaul ikan dengan sedikit tepung gandum, asam jawa dan garam. Biarkan sekejap dan cuci
menggunakan air biasa.
Hilangkan Masin Ikan Kering:-
-Rendamkan ikan tersebut dalam air kelapa beberapa minit sebelum digoreng
-Caranya dengan merendamkan ikan kering dengan sabut buah kelapa. Rendam selama 2 jam
kemudian basuh dan jemurkan di tengah panas.
-Jika kita ingin menggoreng ikan masin yang terlebih garam supaya tidak terlalu masin, terlebih
dahulu rendam ikan masin tersebut ke dalam bekas yang berisi air garam juga. Garam yang kita rendam
itu akan menyerap semula garam daripada ikan masin tersebut. Jikalau tidak percaya cubalah petua ini.
Melazatkan Ikan Beku:-
-Ikan yang disimpan lama di dalam peti sejuk akan berasa tawar dan tidak segar. Cara
mengatasinya ialah:
rendamkan ikan tersebut di dalam susu segar selama 15 minit. Masaklah seperti biasa. Ikan
akan menjadi segar semula dan enak dimakan.
Menanggalkan Sisik Ikan:-
-Sesetengah ikan, sisiknya sukar untuk ditanggalkan. Cara yang mudah ialah dengan merendamkan
ikan di dalam air dan biarkan seketika. Kikis sisik ikan di dalam air. Anda akan dapai
sisiknya mudah tertanggal.
Mengelakkan Ikan Masin Hancur:-
-Ikan masin terutamanya gelama akan mudah hancur bila digoreng. Bagi mengatasi masalah ini,
taburkan sedikit tepung gandum pada ikan terlebih dahulu sebelum digoreng.
Menyedapkan Ikan Bakar:-
-Jika ingin ikan bakar lebih sedap rasanya, selepas dicuci ikan tersebut hendaklah
diperapkan dengan sedikit asam jawa dan air. Biarkan selama beberapa minit sebelum dibakar
atau dipanggang.
Ikan Segar Walau Disimpan Lama:-
1. Cara mengekalkan kesegarannya, siang kesemua ikan tetapi jangan dicuci. Masukkan ke
dalam beg plastik dan simpan dalam peti sejuk. Ikan akan tetap segar walaupun di simpan
lebih seminggu dalam peti sejuk.
2. Setelah ikan di siang, perapkan dengan beberapa biji buah belimbing buluh dan sedikit
garam. Selepas itu cucilah dengan air. Masukkan ikan ke dalam beg plastik dan simpan
dalam peti sejuk.
Mengenak dan mewangikan ikan kukus:
-Untuk menyediakan ikan kukus yang wangi dan enak, perap ikan dengan perahan air limau nipis
selama satu jam. Racikkan halia dan disumbatkan pada penutup insang ikan sebelum di kukus.
Telur Ikan Tidak Pecah:-
-Masukkan telur ikan ke dalam plastik. Rebus lebih kurang lima minit. Keluarkan dari
plastik dan masak seperti biasa.
........................................
G)UBI KENTANG:
Melazatkan Kentang:-
-Kentang enak dimakan tanpa dikupas kulitnya. Gosok kentang dengan hampas kelapa hingga
kulitnya bersih. Kemudian cuci dan masukkan ke dalam masakan atau digoreng begitu sahaja.
...............................................................................................
H)MASIN:
Masakan Termasin:-
-Untuk mengatasi masalah ini, cubalah beberapa petua yang dicadangkan ini :-
1. Setelah gulai mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit. Kemudian basuh
tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. Rasa masin akan
hilang dengan sendirinya.
2. Potong dua atau tiga biji kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan termasin.
Setelah kentang itu lembut, keluarkannya semula.
Merasa Makanan di Bulan Puasa:-
1. Ketika di bulan puasa agak sukar untuk kita menentukan rasa garam atau gula. Cara yang
paling mudah ialah dengan meletakkan setitik kuah di atas kuku ibu jari tangan anda.
Jika didapati bulatan itu berbentuk kecil dan kemas bermakna telah cukup rasanya.
2. Letakkan setitik kuah di atas jari tangan anda. Jika kuAh tersebut tidak meleleh,
tandanya sudah cukup manis.
Menghilangkan rasa masin dalam gulai:-
-Biasanya anda akan merasa risau jika gulai yang dimasukkan terlalu masin. Untuk menghilangkan
rasa masin itu anda bolehlah ikut petua ini. Ambil hampas kelapa yang anda telah gunakan
dan masukkan kedalam kain dan ikat kuat-kuat. Kemudian masukkan hampas yang berikat ini
kedalam periuk yang berisi gulai, biarkan beberapa minit sebelum diangkat.
..............................................................................
I)NASI:
Memutih Nasi:-
-Letakkan satu sudu kecil air limau nipis pada nasi yang hendak dimasak.
Memasak Nasi yang Mentah:-
-Isi air di dalam cawan dan letakkan di dalam periuk yang berisi nasi. Tutup periuk dan
perlahankan api hingga nasi masak.
Mengelakkan Nasi Hangit:-
-Nasi yang dimasak akan menjadi kurang enak jika didapati hangit. Caranya, sebelum memasak
nasi, masukkan satu sudu kecil marjerin ke dalam periuk.
Mengelakkan Bau Hangit Nasi:-
1. Masukkan beberapa tangkai cili kering dan tutup dengan daun pisang. Bau hangit akan
hilang.
2. Ambil kulit bawang, cuci dan masukkan ke dalam periuk nasi yang hangit tadi dan
tutupkan
3. Ambil daun pandan, masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan pada tengah-tengah nasi yang
hangit.
Nasi Lambat Basi:-
1. Ketika menanak nasi, masukkan dua hingga tiga kuntum bunga cengkih beserta secubit
garam halus.
2. Basuh beras hingga beras kelihatan putih. Masukkan air dan barulah ditanak seperti biasa.
Nasi Lembik:-
-Anda mungkin tidak suka makan nasi lembik. Untuk mengelakkan pembaziran, cubalah atasinya
dengan cara ini. Masukkan dua bij telur ayam ke dalam periuk nasi. Biarkan seketika,
hasilnya nasi akan kering dengan sempurna.
Menyukat Air Untuk Beras:-
-Basuh beras seperti biasa. Masukkan ke dalam periuk. Sukat beras tersebut dengan jari.
Kemudian masukkan air pula yang jumlah sukatannya sama dengan sukatan beras.
..................................................................................
J)MINYAK:
Menghindari Kerepek Berminyak:-
-Sukun paling sedap apabila digoreng atau dibuat kerepek. Untuk mengelakkan sukun daripada
diserap minyak :
* Campurkan sukun dengan air dan setengah sudu kecil serbuk soda bikarbonat. Biarkan seketika.
* Setelah digoreng, didapati kerepek tidak banyak menyerap minyak.
Mengelakkan Minyak Masak Berbau Tengik:-
1. Untuk mengekalkan rasa minyak masak walaupun telah digunakan ialah masukkan satu sudu
kecil santan ke dalamnya. Minyak tersebut tidak akan berbau tengik dan bolehlah
digunakan terutamanya untuk menggoreng.
2. Minyak yang telah digoreng boleh disimpan di dalam botol. Untuk mewangikannya, letakkan
serai. Kemudian boleh digunakan semula untuk menggoreng.
................................................................
K)SAYUR-SAYURAN:
-Kacang Bendi Tetap Segar:-
*Didihkan air panas dan masukkan satu sudu kecil minyak masak. Kemudian rebuslah kacang
bendi tanpa memotong mana-mana bahagian untuk mengelakkan ia dari berlendir. Tetapi,
jangan merebus terlalu lama.
-Menyegarkan Sayuran Berdaun:-
1. Hiris sayur-sayuran itu terlebih dahulu dan masukkan dalam beg plastik. Kemudian simpan
ia di dalam peti sejuk. Cara ini akan membuat sayur-sayuran itu segar selama seminggu.
2. Rendam dua helai kertas kosong berwarna putih di dalam air selama dua atau tiga minit.
Kemudian bungkus sayur-sayuran itu dengan kertas tersebut sehingga tidak kelihatan daunnya.
Masukkan atau balutkan pula dengan plastik yang lembab. Kesegaran sayur akan bertahan
selama 3 atau 4 hari. Cara ini sesuai bagi mereka yang tiada peti sejuk.
-Menyegarkan Timun, Lobak Merah dan Kobis:-
*Potong bahagian atas sayur-sayuran tersebut. Sapukan sedikit garam dan minyak kelapa.
Kemudian simpan di dalam peti sejuk.
Mengekalkan warna sayur hijau:-
*Mudah saja, masukkan sedikit gula apabila memasak sayur hijau seperti sawi, bayam dan lain-lain.
-Jeruk Sawi Buatan Sendiri:-
* Sawi dipotong, dicuci bersih dan dijemur selama 4 jam.
* Gaulkan dengan garam dan biarkan semalaman.
* Keesokkan harinya, taungkan air beras ke dalam sawi tadi. Kemudian peramkan beberapa hari.
-Memilih Sayur-Sayuran:-
1. Kobis : Pilih jenis yang ringan dan rongganya besar-besar.
2. Sawi : Pilih sawi yang berdaun lebar tetapi batangnya kecil.
3. Timun : Pilih timun yang lurus dan pangkalnya kurang warna hijau tua.
4. Tomato : Pilih tomato yang warnanya kehijau-hijauan sedikit.
5. Ubi Keledek : Pilih buah yang lurus dan bersih kulitnya.
6. Bendi : Pastikan hujungnya lembut.
-Menghilangkan pahit peria:-
Peria memang pahit. Kalau hendak menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam di dala
air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejat dan masaklah peria tadi.
Insya Allah, mesti berkesan.
-Mencuci Sayuran yang kotor:-
-Walaupun kita biasanya berhati-hati ketika mencuci sayuran, khususnya sayuran berdaun hijau
kita biasanya merasa bimbang dikhuatiri masih ada telur-telur bahkan ulat-ulat terdapat
bersarang dibelakangnya yang tidak kita lihat. Rasa bimbang itu menyebabkan kita mengambil
masa yang panjang untuk mencuci sayur dan sudah pasti akan menggunakan air yang banyak.
Disini saya syorkan anda mengikuti cara ini yang dirasakan pasti anda tidak akan lagi merasa
bimbang atau khuatir, terutama jika memakan sayuran yang berupa ulam, termasuklah ulam raja,
mahupun kangkong serta bayam. Caranya mudah aja, setelah anda bersihkan sayuran tadi dengan
air sepintas lalu, lalu anda rendamkan sayur tadi sehingga tenggelam dengan air dalam sebuah
mangkuk besen yang semuatnya. Kemudian anda masuklah garam dan cuka.
Biarkan beberapa ketika sayuran tadi terendam, Hasilnya anda pasti mendapati kekotoran
keluar dari sayuran tadi termasuk ulat-ulat, kutu dan sebagainya. Ulat-ulat tadi terlepas
dari daun dan ini akan memudahkan lagi untuk anda mencucinya dan anda tidak perlu bimbang lagi.
Menghapuskan bena pada daun sayuran:-
-Cara untuk menghapuskan bena yang biasanya terdapat pada sayuran seperti bayam, daun geti
dan daun asin-asin (cekur) ialah dengan merendam sayuran tadi kedalam air beras sebelum ia
disiang.
Kekalkan kesegaran tomato tanpa menyimpan dalam peti ais:
-Buah tomato yang baru dibeli, jika tidak digunakan jangan dibasuh tetapi simpankan dalam
bekas yang kering. Bekas tersebut hendaklah tidak ditutup dan pastikan tempat simpanan
tidak terkena sinaran matahari. Ini untuk menjamin supaya tomato tersebut tidak mudah layu
ataupun kecut.
Mencantikkan sayur yang telah di celur:
-Kaum ibu yang mementingkan pemakanan yang sihat pasti akan menghidangkan makanan sayur
untuk sajian mereka. Biasanya sayur akan nampak layu bila dicelur atau rebus. Bagi mengilatkan
sayur tersebut, masukkan satu sudu minyak masak ke dalam air rebusan. Bila sudah mendidih
barulah dimasukkan sayur untuk dicelur. Sayur pasti akan nampak berkilat dan enak dimakan.
................................................................................................
L)TEMPOYAK:
Membuat Tempoyak:-
* Pilih durian yang masak dengan keadaannya baik.
* Hancurkan isinya dengan menggunakan sudu.
* Gaulkan dengan sedikit garam dan gula.
* Simpan tempoyak di dalam bekas yang bertutup.
Mengembalikan Rasa Sedap Tempoyak Masam:-
-Ketika memasak tempoyak sama ada dengan ikan atau bahan-bahan lain, campurkan dengan serai
yang dititik dan daun kunyit. Jika suka, anda boleh juga mencampurkan pati santan. Rasa
tempoyak itu akan kembali sedap. Insya-Allah...
..................................................
M)UDANG:
1)Hindari Bau Busuk Kulit Udang:-
* Siramkan kulit udang dengan air panas.
* Kemudian barulah dibungkus dan dimasukkan ke dalam tong sampah. Selain tidak berbau,
ia juga mengelakkan lalat daripada menghinggapinya.
2)Mengekalkan Kesegaran Udang:-
*Udang basah memang mudah berbau jika tidak pandai menyimpannya. Cara yang paling mudah
ialah dengan cara mengaulkan udang tersebut dengan gula kasar rata-rata setelah membersih
dan membuang kulitnya. Kemudian simpan udang itu dalam peti sejuk.
........................................................................
N)ULAM:
Ulam Pegaga:
-Bagi anda yang inginkan wajah yang sihat dan berseri. Cubalah petua ini. Ambil beberapa
pucuk pegaga dan makan bersama nasi sebagai ulam. Amat berkhasiat untuk kesihatan dan
kecantikan.
Menghilangkan Pahit Ulam:-
* Rebus ulam bersama daun keduduk. Apabila ulam sudah masak, keluarkan daun keduduk
tersebut. Toskan ulam dan hidangkan dengan sambal atau pencecah yang anda gemari.
* Rendam pucuk mengkudu dengan air dan garam selama beberapa minit. Kemudian bolehlah
dimakan bersama nasi atau dibuat kerabu.
Meranggupkan Jering Tua:-
-Tanam jering tersebut ke dalam tanah ataupun pasir. Biarkan selama tiga hari. Setelah itu
keluarkan dan bersihkan. Jering akan berasa ranggup apabila dimakan.
sambal belacan enak:
-Untuk mendapatkan sambal belacan yang lebih enak, dapatkan cili merah, cili hijau ,
cili padi, bawang putih dan tomato. Gorengkan terlebih dahulu sebelum dikisar atau ditumbuk
bersama belacan yang telah dibakar. Perahkan limau untuk mendapatkan rasa yang lebih enak.
jantung pisang:
-Jantung pisang yang direbus kadang kala menjadi hitam. Untuk mengelakkan berlaku seperti
itu, rebus jantung pisang bersama-sama dengan pucuk ubi.
Merangupkan acar mentimun:-
-Hirisan mentimun hendaklah direbus dalam air garam hampir setengah jam sebelum campuran
bahan lain seperti lobak dan bawang dicampur bersama air gula dan cuka secukup rasa.
Membuat sambal yang sedap:
-Sambal yang sedap haruslah mengunakan cili kering. Cili kering digunting kecil-kecil bagi
membuang bijinya dan lalu direbus seketika. Apabila sudah direbus cili tadi hendaklah
ditoskan selama 20 minit. Kemudian cili kering itu digoreng di dalam minyak yang panas
dalam masa 10 minit tetapi jangan terlalu garing. Apabila sejuk cili tadi hendaklah dimesin
bersama minyak yang digoreng tadi dan disimpan di dalam peti ais. Ia akan tahan selama 3
minggu. Apabila ingin memasak sebarang sambal ianya tidak memerlukan minyak yang banyak dan
masa untuk memasak sungguh sekejap dan kita akan dapat sambal yang sungguh sedap. Sambal
yang kita masak cepat pecah minyak dan wangi
Menyedapkan Sambal Sotong:
-Adalah elok jika sotong yang hendak kita buat sambal itu, kita celur di dalam air yang
menggelegak kira-kira 3 minit supaya sambal sotong itu nanti tidak terlalu banyak kuahnya.
Bila masukkan sotong ke dalam ramuan tumisan sambal janganlah masak terlalu lama kerana
sotong tadi telah kira celur terlebih dahulu.
Harumkan Bawang Tumis:
-Bagi menaikkan bau wangi ketika menumis bawang putih, pastikan bawang putih itu dicincang
dahulu. Untuk bawang merah pula, masukkan sedikit garam ketika menumis.
Memekatkan kuah:
-Kadang-kadang masakan kita cair. Untuk memekatkannya masukkan ubi kentang ke dalam masakan
tersebut.
-KADANG kala makanan berkuah yang kita masak agak cair dan tidak pekat seperti yang kita
inginkan. Jadi, untuk memastikan makanan berkenaan menjadi likat tambahkan sama ada gula,
keledek yang telah dilenyek atau sedikit tepung gandum. Kacau dan kecilkan api agar ia
menjadi pekat dan tidak lagi cair. Untuk memekatkan kuah bancuh dua sudu besar tepung
jagung dan masukkan ke dalam masakan dan kacau hingga rata. Tepung jagung juga boleh
mengurangkan rasa masin masakan.
Memekatkan Sup:
-Kadang-kadang kita terbubuh banyak air sehingga sup menjadi cair. Bagi memekatkan sup,
masukkan sedikit kentang rebus yang dilecek.
................................................
O)KACANG DAL DAN LAIN2:
kacang dal cepat lembut:
-Untuk merebus kacang hijau atau kacang dal memakan masa. Rendam kacang itu dengan air selama
3 jam sebelum direbus.Ia akan cepat kembang.
Meratakan garam untuk kerepek:-
-Terdapat pelbagai jenis kerepek yang mudah dibuat sekarang ini. Walau bagaimanapun
kadang-kadang terjadi kerepek yang tidak rata garamnya. Untuk memudahkan garam rata pada
semua kerepek yang digoreng, letakkan garam pada minyak panas yang akan digunakan untuk
menggoreng kerepek. Cara ini bukan sahaja menjimatkan penggunaan garam malah kerepek anda
tidak akan lagi terasa terkurang atau terlebih masin.
Membuat roti canai lembut:-
-Kebanyakan suri rumah mendapati agak sukar untuk membuat roti canai yang lembut seperti yang
didapati dikedai-kedai mamak. Dengan mencuba petua ini puan-puan tidak perlu bimbang lagi.
Ketika puan-puan mahu membuat adunan elok dicampur dengan sedikit air kelapa kemudian baru
diuli seperti biasa.
Tauge segar:
-Untuk menjadikan tauge segar walaupun disimpan beberapa lama, masukkan tauge yang dibeli
ke dalam air yang dicampur sedikit garam kemudian simpan di dalam peti ais. Insya Allah
tauge akan segar dan tidak masam.
-Masukkan taugeh ke dalam bekas yang berisi air sehingga tenggelam. Letakkan sedikit asam
gelugur dan simpan di dalam peti ais.
Empokan kacang hijau:
-Biasanya untuk merebus kacang hijau hingga empuk kita memerlukan masa yang panjang.
Bila saja kacang hijau di jerang, masukkan satu camca kecil minyak masak dan satu camca
kecil garam.
Elakkan terung menjadi hitam apabila sudah dipotong:
-Pada mereka yang gemar makan masakan terung, apa yang menjadi masalah ialah apabila kita
sudah memotong terung ini dan lambat memasaknya pasti terung itu akan menjadi hitam. Untuk
mengelakkannya, ambil garam dengan sedikit air dan rendamlah terung tersebut. Kalau tak
mahu air, gunakan garam saja pun boleh.
Menyimpan tauhu supaya tahan lama:
-Tauhu tidak boleh disimpan terlalu lama walaupun disimpan baik-baik dalam peti sejuk,
kerana ia boleh bertukar menjadi masam. Tetapi ada satu cara untuk mengatasinya.
Mula-mula anda ambillah tauhu tadi dan bersihkan, sudah itu tiriskan biar kering. Masukkan
dalam satu bekas dan rendamkan ia dengan air panas, tunggulah sampai air tadi menjadi sejuk
kembali. Sesudah itu barulah keluarkan tauhu tadi dan direndam dalam air dan simpanlah.
Anda tidak perlu bimbang walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk, ianya boleh tahan lama
dan tidak akan bertukar menjadi masam.
...............................................
P)KELAPA:
santan lbh pekat:
-Untuk mendapatkan santan lebih pekat, kisar kelapa parut dengan sedikit air hingga kelapa
hancur. Perah seperti biasa.
kelapa parut tahan lama:
-Agar kelapa parut anda tahan lama, simpan dalam peti beku. Ia tahan 1 - 2 minggu.
.....................................................................................
Q)KERANG:
mudah kopek kerang:
-Mudahkan mengopek kerang dengan mencampurkan sesudu minyak masak ke dalam air rebusan.
Nescaya kerang akan tebuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya nanti.
Membersih kerang:-
-Rendam kerang di dalam air. Kemudian ambil pelepah daun pisang. Buangkan daunnya sahaja.
Potong pelepahnya halus-halus dan diramas-ramas dengan kerang. Kulit kerang tadi akan
bersih dan putih.
Menghilangkan kotoran pada kulit kerang:
-Untuk menghilangkan kotoran pada kerang ambil beberapa batang serai kemudian ditumbuk
jangan sampai hancur kemudian di rendam bersama air yang sama cukup dengan kerang tadi.
Gaul dengan tangan. Biarkan dalam 10 minit dan lepas itu kulit kerang akan kelihatan
cantik dan bersih. Selamat mencuba.
.......................................
R)Siput Sedut:
-Jika anda menghadapi masalah untuk membersihkAn siput sedut,ambil sebekas hampas kelapa
kemudian gaulkan bersama siput sedut yang masih hidup itu. Biarkan semalaman. Keesokkan
harinya, barulah mulakan kerja-kerja mengerat bahagian hujung cengkerang siput tersebut
sebelum ia dicuci dan dimasak. Dengan itu bau lumpur akan hilang dari siput itu. Malahan
rasa lemaknya juga akan bertambah bila dimasak.
..................................................
S)TELUR:
Mencantikkan Telur Rebus:
-Rebuskan telur sehingga tiga suku masak. Masukkan kulit bawang merah ke dalam air rebusan
dan biarkan sehingga warnanya luntur. Kemudian rebuskan kembali telur itu.
Supaya Telur Tahan Lama:
-Bersihkan semua telur. Lapkan hingga kering. Kemudian simpan telur dalam bekas yang berisi
beras pulut. Nescaya telur tahan lama.
..........................................
Tips Memilih & Mengolah Kerang
1. Kerang, adalah haiwan laut mempunyai kulit luar, memiliki kandungan protein yang tinggi
di samping mineral seperti zat besi, seng, kalsium, yodium dan selenium.
2. Kerang boleh dimasak dengan atau tanpa kulit. Jenisnya bervariasi, di antaranya kerang bulu,
kerang darah, kerang hijau, kerang kepah yang disebut juga kerang tahu atau kerang putih,
kerang kampak (scallop) dan tiram.
3. Pilih kerang yang hidup dan segar. Tandanya, kulitnya tertutup atau menutup sendiri jika diketuk.
4. Kerang dijual segar atau ketika dibuka isinya nampak segar.
5 Rendam kerang dengan kulitnya dalam air bergaram dan simpan dalam bekas tertutup di tempat
gelap agar kotoran luruh. Berus kulit kerang di bawah air mengalir hingga kotoran terbuang.
Pegang kerang dengan tangan lalu keluarkan daging dengan menyelipkan pisau kecil di antara
kulitnya.
6 Kerang lazat dikukus atau direbus. Untuk mendapatkan rasa kerang rebus yang benar-benar
sedap,rebus kerang dalam air mendidih yang sudah dibubuh garam, serai, daun salam dan
lengkuas di atas api sedang hingga masak.
7. Untuk mendapatkan rasa kerang kukus yang lazat, rendam kerang segar dalam air yang sudah
dibubuh garam, bawang putih selama 15 minit dan kukus selama 20 minit hingga masak.
8. Sambal untuk dimakan bersama kerang rebus atau kerang kukus ialah sambal botol yang khusus
untuk makanan seafood (laut). Tapi untuk rasa yang lebih istimewa, cuba adunkan 2 sudu
makan nenas parut, 2 sudu makan sambal botol perasa manis pedas, 1 sudu makan mentega
kacang botol dan 2 sudu teh air jeruk limau.
................................................
Panduan memilih daging:
-Belilah daging di kedai-kedai rasmi yang telah memiliki surat tanda niaga. Sebelum diolah,
daging direbus terlebih dahulu dalam air mendidih dengan suhu 100 darjah selsius, minimum 1 jam. Daging harus dipotong kecil-kecil supaya tingka kematangannya merata, dan panas dapat sampai ke bahagian dalam. Semakin besar potongannya, semakin lama waktu yang diperlukan untuk merebus.
Lebih baik daging digoreng dalam hirisan nipis, dimasak menjadi gulai atau rendang kerana
waktu pemanasannya lama dan suhu didih minyak dapat mencapai sekitar 160 darjah selsius.
Hindari pengolahan dengan menggunakan pemanasan dalam waktu singkat (misalnya dibuat sate),
apalagi pengolahan daging setengah masak seperti steak ala barat (untuk pengolahan seperti
ini kita harus yakin bahawa daging benar-benar bebas penyakit).
...................................................................
Tip Memilih & Memelihara Oven
*JIKA ingin membeli oven, pilih yang sesuai dengan keperluan anda sehari-hari. Berikut, tip
memilih dan menjaga oven yang baik.
*Tentukan kapasiti oven yang sesuai dengan keperluan. Apakah keluarga anda sering kali harus
memanggang masakan dalam jumlah besar atau sebaliknya?
*Pilih oven yang mudah dibersihkan dan mempunyai jendela pada bahagian depan oven sehingga anda
dapat melihat makanan yang sedang dipanggang.
*Auto-timer penting bagi anda yang jarang berada di dapur sehingga anda dapat memanggang
tanpa khuatir panggangan anda akan hangus. Selain itu, lebih baik menggunakan pengatur
waktu saat memanggang daripada membuka dan menutup pintu oven sehingga suhu dalam oven
tidak turun.
*Sebelum digunakan, panaskan terlebih dahulu oven selama 10 minit hingga mencapai suhu yang
sesuai. Usahakan selalu memeriksa suhu oven, caranya letakkan pengukur suhu pada bahagian
tengah oven dan panaskan oven hingga suhu 180 darjah selsius. Jika tidak sama bererti
oven anda 'bocor' dan perlu diservis.
..........................................
petua dapur-2
000)Mata Terkena Cabai:-
-Jika mata anda terkena cabai, jangan panik. Ambil secubit garam kemudian kunyah. Rasa pedih
akan beransur kurang.
0)Elak Pedih Mata Ketika Mengupas Bawang:
-Untuk mengelakkan pedih mata, kupas bawang di dalam air.
1)Kerak periuk:-
-Menggunakan kulit ubi kentang.Cara membuatnya, rebus kulit kentang dengan kerak itu dalam
tempoh beberapa minit. setelah air itu panas, kerak yang melekat di periuk akan tertanggal
dengan sendirinya.
2)SEGARKAN TEKO LAMA:
-Dengan menaruh sedikit gula pasir ke dalam teko sebelum menyimpannya. Dengan cara yang
sedemikian, teko tersebut akan berbau segar bila anda menggunakannya kembali.
-Hilangkan Kesan Kuning Cawan dan Teko:
-Rendam teko atau cawan ke dalam air suam yang bercampur garam dan limau nipis selama lebih
kurang lima belas minit. Anda akan dapati cawan dan teko itu bebas dari kesan teh dan kopi
yang kelihatan berkarat itu.
3)pisau:
-Setelah menggunakan pisau, basuh dengan air bersih dan lapkan kering.Kemudian barulah disimpan.
-Cara hilangkan getah di pisau:
-Layurkan atau panaskan pisau atas api di dapur sehingga nampak getah di atas pisau mendidih.
Kemudian lapkan atau sapukan pisau tadi dengan suratkhabar. Anda akan melihat pisau anda
kelihatan kembali bersih. Ulangi lagi jika masih terdapat getah di permukaan pisau tersebut
4)elak getah nangka:
-Sapukan pisau dengan minyak masak sebelum membelah nangka.Tangan juga boleh disapu minyak
jika terkena getah nangka.Gosok dengan kain buruk dan cuci bersih.
5)alat kisar:
-Untuk menghilangkan bau pengisar selepas mengisar cili atau bawang, kisar sedikit hampas
kelapa dengan sedikit air untuk menghilangkan bau dan daki.
6)papan motong bersih:
-Papan pemotong yang kerap kali digunakan akan nampak kotor. Atasinya dengan menggosokkan
kulit limau nipis secara merata. Kemudian basuh seperti biasa.
7)jimat gas masak bubur:
-Rendam beras yang hendak dimasak selama 30minit sebelum dimasak. Selain dapat menjimatkan
gas, ia akan mempercepatkan proses memasak bubur selain bubur lebih empuk.
8)hilangkan gatal keladi:
-Untuk menghilangkan rasa gatal pada keladi, masukkan sedikit kapur sirih atau buah pinang
ketika masakan sedang menggelegak. Keladi juga akan mudah lembut dan lazat.
9)elak blkg kuali hitam:
-Tip menggunakan kuali yang baru dibeli. Lumurkan minyak masak pada belakang kuali untuk elakkan
hitam yang susah dicuci. Belakang kuali yang dilumur minyak lebih senang untuk ditanggalkan
kotoran apabila dicuci. Bagi kuali lama, boleh minyak juga dilumurkan minyak sebelum
memasak. Ini menyenangkan kerja-kerja mencuci setelah digunakan.
9)atasi sinki tersumbat:
-Sebenarnya garam kasar boleh berfungsi sebagai bahan pelarut bagi sisa-sisa yang tersumbat
dalam saluran sinki. Masukkan garam kasar ke dalam lubang sinki dan kemudian curah dengan
air panas. Pasti sisa-sisa tadi akan larut.
10)bersihkan tanda hangus pada periuk:
-Masukkan sedikit serbuk penaik dan sedikit air ke dalam periuk. Biarkan untuk beberapa jam
dan kemudian bersihkan periuk seperti biasa.
11)Menghilangkan bau di dalam peti sejuk:-
-Ambil beberapa helai daun pandan, masukkan ke dalam peti sejuk (bukan di dalam freezer).
Biasanya tiada bau yang tidak disenangi lagi. Selamat mencuba
12)Tangan Pijar kerana cili:-
-Mungkin ada antara anda yang tidak tertahan dengan pijar cili khususnya jika terpaksa
memegang cili untuk ditumbuk atau sebagainya, tambah-tambah lagi jika digiling. Rasa panas
atau pijar ini boleh diatasi segera dengan menyapukan sedikit garam ataupun minyak kelapa
sekelilingnya dan dekatkan pada bahagian api. Memang mulanya anda terasakan begitu panas
bagaikan terbakar. Tetapi akhirnya pasti akan segera hilang. Sudah itu barulah dicuci dengan
sabun dan air bersih.
13)Mempercepatkan air mendidih:-
-Tiba-tiba rumah anda dikunjungi tetamu tetapi ia mahu segera berangkat pulang kerana ada
sesuatu hal yang mustahak, sedangkan dia meminta sedikit minuman, bila dibuka tarmus air
anda kecewa kerana air panas telah kehabisan. Jika anda dalam keadaan demikian jangan cepat
panik, anda bukalah api dapur, ambil sedikit air sejuk dan jerangkan, untuk cepatkan lagi
ia mendidih masukkan beberapa sudu gula mengikut kadar air tadi. Kerana air yang dicampurkan
dengan gula akan lebih cepat mendidihnya dari keadaan biasa. Disamping itu anda juga akan
merasa lebih mudah apabila ingin membancuh minuman tidak perlu lagi dimasukkan gula.
-Kadang-kadang kita terlupa memasak air. Oleh itu untuk memasak air dengan lebih cepat
masukkan satu sudu besi bersih yang kecil di dalam cerek bersama air kemudian masak.
Mungkin air anda akan masak dengan lebih cepat. Selamat mencuba.
14)Menghilangkan bau hamis di kuali:-
-Setelah digunakan, seperti menggoreng ikan atau telur, kuali anda berbau hamis. Oleh kerana
selalu digunakan kuali anda didapati sukar hendak menghilangkan baunya. Untuk mengatasinya,
ambil limau nipis, gosoklah merata-rata setiap kali habis menggoreng. Kuali anda tidak
berbau lagi.
15)Menghilangkan kesan kopi, teh dan darah:-
-Kesan-kesan teh, kopi atau koko yang terkena pada pakaian boleh dihilangkan dengan menyiramkan
air yang mendidih ketempat terdapat kesan-kesan itu. Sekiranya masih terdapat kesan-kesan
itu maka hendaklah ditampal dengan serbuk pencuci yang dilekatkan dengan air dikawasan itu. Biarkan begitu selama satu jam sebelum dicuci. Bagi menanggalkan kesan darah pada pakaian, rendamkan pakaian dalam air biasa (sejuk) yang berisi garam. Rendamlah hingga kesan itu tanggal. (1 sudu makan garam - 1 pain air).
16)Kulit telur lekang dengan mudah:-
-Biasanya telur ayam itik yang baru saja dipungut dari reban (telur baru) begitu sukar
hendak kita tanggalkan kulitnya selepas direbus. Kulitnya tidak mudah lekang. Jika dicuba
juga menanggalkan kulitnya, isi telur akan menjadi rosak. Jika anda gemarkan kecantikan
isinya, mungkin untuk hiasan dalam masakan dimajlis tertentu cubalah amalkan petua dibawah ini.
*Sebelum merebus, bersihkan telur-telur itu. Ketika air mendidih, masukkan sedikit garam
dan kemudian tutup rapat-rapat. Setelah rebusan cukup masak, kupaskan telur-telur tadi.
Hasilnya, kulit-kulit telur amat mudah ditanggalkan.
17)Menghilangkan kesan susu dalam botol:-
-Selain dari menggunakan berus, untuk menghilang kesan-kesan susu yang tertinggal didalam
botol selepas anak-anak puan-puan menghisapnya, atau puan-puan merebusnya didalam air panas,
ini ada satu cara yang baik.
-Jika hendakkan kesan susu itu segera hilang . Ambil garam makan yang kasar 1 camca teh,
dan masukkan dalam botol, tuangkan air, tutup botolnya goncangkan botol itu.
InsyaAllah akan bersih dan segera, lebih baik lagi, kalau dituangkan air panas,
kuman-kumannya pun mati.
18)Menghilangkan bau busuk puting:
-Jika anda mempunyai anak yang masih kecil dan masih lagi menyusu dengan menggunakan botol
dan puting, tentu anda sering menghadapi masalah puting botol yang berbau. Walaupun anda
telah cuba menghilangkan baunya yang masam dan mual itu hingga tidak digemari oleh bayi,
tetapi anda masih tidak berjaya. Ada satu cara yang ringkas dan mudah dapat dijalankan untuk
mengatasi masalah ini.
*Apa yang anda harus lakukan ialah dengan merendamkan puting botol tadi dalam air panas
kemudian bubuhlah garam masak secukupnya. Rendam beberapa minit hingga kekotorannya hilang,
hasilnya pasti puting botol tadi bersih dan berbau harus.
19)Getah tidak melekat:
-Selalunya getah akan melekat-lekat pada kedua belah tangan anda jika anda mengupas kulit
pisang muda tanpa menggunakan petua atau cara tertentu. Sebelum mengupas kulit pisang muda. Sediakan sebesen air yang telah dilarutkan
dengan garam.(air garam). Masukkan pisang muda yang hendak dikupas kedalam besen. Dengan
menggunakan kedua belah tangan anda, kupaslah kulit pisang tersebut tatkala ia masih
didalam air garam. InsyaAllah dengan cara ini, getah pisang tidak akan melekat-lekat pada
kedua belah tangan anda.
20)Elak Jag Kaca Pecah:
-Menghidang minuman panas di dalam jag kaca tampak lebih menarik selera anda. Bagi mengelakkan
jag itu pecah akibat suhu kepanasan air, ambil sebatang sudu logam dan masukkan ke dalam jag.
Tuangkan air panas dan jangan kuatir kerana haba yang dibebaskan akan diserap oleh sudu
logam tersebut. Insya Allah. Selamat mencuba!
21)Khasiat asam jawa:
-Adakah anda menghadapi masalah tangan dan hujung kuku berwarna hitam kerana kerja-kerja
dapur yang menyulitkan seperti mencuci periuk belanga disamping masak-memasak. Jika anda
ingin menghilangkan warna kehitam-hitaman itu cubalah panduan ini dan anda pasti tidak akan
merasa kecewa. Caranya ialah ketika anda habis menggunakan asam jawa ketika memasak terutama
ketika habis menggaulkan ikan untuk menghilangkan bau hanyirnya anda ramas-ramaskanlah hampas
asam jawa tadi dengan tangan, terutama pada bahagian yang kotor. Jika anda lakukan begini
selalu pasti masalah anda yang kuku hitam dan memalukan itu akan segera hilang. Asam jawa
ini juga baik untuk digunakan untuk mengatasi masalah tumit kaki yang sering pecah-pecah
dan berwarna kehitam-hitaman. Caranya ialah dengan membersihkan dahulu kaki anda sesudah
itu sapukan sedikit dengan asam jawa, lumiri sekelilingnya diamkan untuk beberapa minit dan
kemudian cucilah dengan air biasa. Lakukan sebelum tidur, pasti masalah kaki hitam dan
berpecah-pecah itu dapat segera diatasi.
22)Melancarkan laci almari yang tersekat:
-Jika laci almari atau meja anda tersekat dan sukar dibuka dan ditutup, ambil lilin dan
gosokkan pada bahagian tepi bawah laci anda. Jika laci anda menggunakan rel dibahagian
tengah, gosokkan lilin pada bahagian tersebut. Selepas itu pasang kembali laci anda dan
lihatlah hasilnya. Laci lebih mudah dibuka dan tidak akan tersekat lagi.
23)Menghilangkan arang di periuk:
-Setengah-setengan suri rumah ingin memasak masakan cara kampung dengan menggunakan dapur
arang atau dapur kayu. Namun Masalah yang timbul adalah untuk mencuci kembali periuk yang
digunakan agar seperti sediakala sukar diatasi. Untuk mengatasi masalah tersebut sebelum
periuk itu digunakan, periuk tersebut hendaklah disalut dibahagian luarnya dengan sabun
serbuk dicampur tepung gandum dan sedikit air. Insya Allah masalah kesukaran menanggalkan
arang diperiuk tadi akan mudah diatasi.
24)Hilangkan lemak ayam:
-Basuh ayam dengan mengunakan air bersih kemudian buangkan air tersebut dan ambil tepung
gandum, sapukan pada ayam tersebut dengan sedikit air selepas tu bolehlah ia nya di bersih
semula mengunakan air. Selepas itu barulah puan campurkan dengan apa sahaja bahan yang hendak
dicampurkan sebelum memasakkannya...
25)Mengelakkan makanan melekat di kuali:
-Apabila menggoreng ikan atau lain-lain makanan seperti nasi goreng dan mee goreng, ianya
selalu melekat di kuali jika kuali tidak panas. Satu cara untuk mengelakkan ini berlaku,
goreng sedikit garam dalam kuali itu tanpa minyak sampai kuning kemudian barulah dimasukkan
minyak dalam kuali. Selamat mencuba
26)Cili masuk mata:
-Jika kita menumbuk sambal dan termasuk dalam mata kanan, jirus ibu jari kaki kiri. Dan
kalau terkena mata kiri, jiruskan ibu jari kaki kanan.
27)Menjernihkan minyak masak:
-Minyak masak yang sudah digunakan akan menjadi keruh warnanya. Untuk menjernihkannya,
goreng kerak nasi di dalam minyak tadi, InsyaAllah minyak itu akan menjadi jernih semula.
28)Sudu Berkarat:
-Ambil sedikit cuka/secubit garam dan air paip. Kemudian campurkan bahan-bahan tadi berserta
sudu dan rendam semalaman. Anda lihatlah hasilnya
29)Menghilangkan bau cili semasa memasak:
-Bau cili amat menusuk hidung jika dimasak, kadang-kadang ia boleh memedihkan hidung kita.
Untuk menggelakkannya daripada berbau, masukkan sehelai atau dua helai daun kari di dalam
masakan anda, Insya Allah bau yang memedihkan tadi akan hilang selepas beberapa saat anda
memasukkan daun kari. Selamat mencuba.
30)Mencuci seterika kotor:
-Mencuci seterika yang kotor ada caranya. Petuanya ialah..dengan menaburkan sedikit garam
halus keatas kertas tisu kemudian gosok pada tapak yang kotor itu. Lakukan beberapa kali
dan anda akan mendapati kotor akan hilang.
31)Periuk bocor:
-Periuk bocor boleh ditampal dengan menggunakan asam jawa, ambil sedikit asam jawa kemudian
tampal dibahagian yang bocor sebelum digunakan untuk memasak. Langkah ini hanya untuk
menampak lubang kecil sahaja.
32)Pelbagai Cara Simpan Daun Herba:
-Kebanyakan orang gemar menggunakan pelbagai daunan (tergolong di dalam daun herba seperti
daun saderi, daun bawang, daun pudina, daun basil dan daun ketumbar). Selain mungkin
gemarkan rasanya, daun herba juga bagus untuk kesihatan. Bagi mereka yang mungkin sedang
diet atau mahu mengurangkan garam di dalam masakan, boleh memasukkan dedaunan ini di dalam
masakan. Bagi memudahkan anda memasak, ada baiknya anda menanam sendiri pohon-pohon herba.
Namun anda masih boleh menyimpannya dengan pelbagai cara:-
33)Khasiat kapur sirih:
-Kapur sirih memang banyak gunanya selain dari untuk membuat kuih-muih, lontong ataupun
untuk makan sirih. Disini ditunjukkan beberapa panduan yang baik untuk menggunakan kapur itu.
* Kapur baik untuk menyembuhkan bisul, caranya ialah dengan menyapukan sedikit kapur sirih
kepada bahagian bisul tadi disekelilingnya, nescaya dalam masa dua hari bisul tadi akan
segera mengering.
* Untuk menghilangkan kutil atau mata ikan pada tubuh. Caranya ialah dengan menghiris
kutil tadi sampai ke akarnya dengan menggunakan pisau bersih, kemudian sapulah dengan
kapur sirih tadi. Sapukan beberapa kali hingga kutil tadi hilang terus dan tidak akan
tumbuh lagi.
34)Hilangkan Bau Botol Atau Balang:
-Setelah botol dicuci dan dikeringkan, masukkan arang kayu yang telah dibersihkan. Tutupkan
arang kayu itu dgn penutup botol agar ia dapat menyerap bau botol dan biarkan selama 2 jam.
Apabila bau benar2 hilang, baru lapkan bahagian dalam botol dengan kain kering yang bersih.
35)Pengisar Sentiasa Tajam:
-Kisarkan garam biasa di dalam pengisar sehingga beberapa minit. Amalkan langkah ini setiap
bulan. Dengan cara ini mata pengisar akan kekal tajam.
36)Pulihkan kulit melecur:
-Hiris ubi kentang nipis-nipis dan tampal pada bahagian kulit yang melecur. Lakukan setiap
kali selepas mandi dan amalkan sehingga kulit mengelupas dan kulit baru akan tumbuh seperti
sediakala.
37)Hindari Lipas:-
-Lipas amat suka mendiami laci-laci pada almari di samping meninggalkan bau yang kurang
menyenangkan. Anda boleh menghalau lipas-lipas ini dengan cara :-
* Simpulkan beberapa helai daun panda.
* Kemudian letakkan di dalam laci dan almari. Laci juga akan berbau harum.
38)Menyimpan Lebihan Minyak Kelapa:-
-Masukkan beberapa potong ubi kentang ke dalam minyak yang telah kerapkali digunakan untuk
menyerap kotoran pada minyak. Oleh itu, minyak boleh disimpan lama dan boleh digunakan.
39)Mengilatkan Perabot:-
-Perabot rotan selalu berhabuk dan semakin lama, warnanya akan pudar. Untuk mengilatkannya
kembali, gosoklah minyak kelapa pada perabot tadi.
40)KUali:-
-Kita hanya menggunakan kuali yang besar ketika mengadakan majlis keramaian atau kenduri
kahwin. Cara untuk membasuh kuali tersebut dengan mudah ialah :-
1. Sebelum memasak ambil sedikit minyak kelapa. Kemudian lumurkan sebelah luarnya dengan
minyak kelapa.
2. Sebelum memasak, bancuh tepung (sebarang tepung) dengan air sedikit supaya ia pekat.
Kemudian lumurkan tepung yang sudah dibancuh itu di bahagian luar kuali.
3. Satu lagi cara yang selalu digunakan ialah dengan melumur kertas suratkhabar dengan
sebarang minyak(kecuali petrol/minyak tanah). Kemudian lekatkan pada bahagian luar
kuali itu.
41)Membersihkan Barang Kemas:-
-Ada beberapa cara untuk membersihkan barang kemas. Di sini dipaparkan dua cara untuk
membersihkan barang kemas.
1. Rendam barang kemas dalam air suam selama satu jam. Kemudian berusnya dengan ubat gigi
menggunakan berus gigi yang lembut. Gosoklah sehingga dakinya hilang. Kemudian cuci dan rendamkan dalam air teh selama beberapa jam. Kemudian keringkan.
2. Rendam barang kemas dalam air asam jawa dan biarkan semalaman. Kemudian gosok
menggunakan ubat dan berus gigi.
42)Khasiat Hampas Kelapa
-Untuk menyuburkan tanaman seperti pokok limau kerisik, pokok jambu atau pokok cili.
Taburkan hampas kelapa pada pangkal pokok tersebut. Selain cepat subur, pokok akan selalu
berbuah.
43)Kelapa Isi Tebal:-
-Pilihlah kelapa yang agak bujur seperti telur ayam. Ataupun tempurung jantannya agak
lonjong. Itu tanda kelapa tebal isinya.
44)Mengharumkan Almari Pakaian:-
1. Cara yang paling mudah dan menjimatkan, ialah dengan menggunakan kulit limau.
Balutkan kulit limau dengan kain. Untuk mencantikan lagi, ikat bungkusan ini dengan
riben dan letakkan di dalam almari pakaian.
2. Letakkan dua helai daun pandan ke dalam almari tersebut.
45)Air Akuarium Tahan Lama:-
*Sebelum ini anda kerapkali menukar air di akuarium kerana airnya cepat keruh?
Untuk menjernihkannya, masukkan seketul arang.
46)Elak minyak memercik:-
1. Ketika memanas minyak masak, masukkan sekeping asam gelugur dan biarkan seketika.
Keluarkan asam gelugur dan masukkan ayam yang hendak digoreng.
2. Masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak yang telah dipanaskan. Kemudian
barulah menggoreng.
47)BUNGA:-
*Menggalakkan Pokok Ros Berbunga:-
-Air cucian beras bukan sahaja boleh digunakan sebagai penghilang bau hanyir ikan tetapi
amat baik dijadikan siraman pada pokok bunga. Insya'Allah pokok akan mengeluarkan bunga
yang banyak.
*Menyegarkan Jambangan Bunga:-
-Cara untuk mengelakkan jambangan bunga dari cepat layu ialah dengan cara :-
* Tumbuk beberapa biji panadol hingga hancur.
* Lembabkan sedikit kapas dan sapukan dengan serbuk panadol tadi. Kemudian balutkan pada
pangkal bunga dengan kertas timah.
48)Membersihkan Cerek:-
-Untuk menghilangkan mendapan kapur dalam cerek, ikuti petua ini :-
* Isikan air dan cuka dalam cerek dengan sukatan yang sama. Didihkan dan biarkan semalaman.
Mendapan kapur akan tanggal dan cerek kembali bersih.
* Untuk membersihkan cerek yang diperbuat daripada aluminum, campurkan sedikit asam jawa
dengan air. Biarkan seketika dan dibasuh.
49)Mengelakkan Peti Sejuk Berbau:-
-Peti sejuk yang tidak bersih akan meninggalkan bau yang kurang menyenangkan. Ikutlah beberapa petua ini.
1. Letakkan sedikit esen vanila dalam bekas yang kecil dan simpan di dalam peti sejuk.
Peti sejuk akan berbau harum dan segar.
2. Bungkus seketul arang dengan perca kain. Letakkan di dalam peti sejuk. Arang ini akan
menyerap bau busuk itu.
3. Letakkan sepotong nanas pada setiap tingkat di dalam peti sejuk. Bau yang tidak enak
akan hilang.
50)Mengelakkan Lipas:
-Ambil beberapa helai daun pandan dan letakkan di tempat kegemaran lipas seperti almari
pakaian dan ceruk-ceruk dapur. apabila daun pandan itu sudah layu, gantikannya dengan
daun-daun baru.
51)Menghindarkan Tikus:-
1. Ambil beberapa helai daun durian belanda dan letakkan di tempat-tempat yang sering
menjadi laluan binatang tersebut. Letakkan juga didalam almari makanan.
2. Letakkan beberapa biji buah kepompong muda atau masak di tempat yang selalu didiami oleh tikus.
3. Letakkan perangkap tikus (perangkap jaring atau gam tikus) di laluan yang sering di lalui oleh tikus.
52)SEMUT
A)Menghalau Semut:-
1. Bakar kulit telur sehingga menjadi abu. Taburkan abu kulit telur di tempat yang selalu
dikerumuni semut.
2. Ambil beberapa helai daun sirih. Koyak-koyakkan dan taburkan di tempat-tempat yang biasa
dikerumuni semut.
3. Letakkan beberapa tangkai cili kering di celah-celah kabinet dapur terutama di tempat
gula dan susu.
4. Masukkan lima tangkai bunga cengkih ke dalam bekas gula. Biarkan ia beberapa minit.
Selepas itu pasti anda mendapati gula tersebut tidak dikerumuni semut.
5. Cara mudah menghalau semut-semut dalam bekas gula ialah dengan menggunakan bawang putih.
Ambil sebiji bawang putih dan dipecahkan. Masukkan ke dalam bekas berisi gula dan biarkan
semut-semut tersebut keluar dengan sendirinya.
B)Menghindarkan Semut di Pokok Bunga:-
1)Taburkan garam di sekitar pangkal pokok bunga untuk menghindarkan ia dari semut.
C)Menghindari Semut Di Teko:-
1)Lumurkan sedikit minyak masak (kelapa) di sekeliling badan teko tersebut kecuali bahagian
muncung teko. Insya-Allah semut tidak akan mengerumuni teko itu.
Anda mungkin juga meminati:
Langgan: Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan: