si comelkuuuu

si comelkuuuu

Tuesday, January 24, 2012

temujanji hospital

tahun baru disambut dengan penuh kesyukuran dan juga ujian......diisi dgn appoinment hospital aku dan suami..
9/1/2012    : Isnin menemani suami ke hospital ipoh bertemu dr fauziah...
11/1/2012  : Rabu, sepatutnya aku menjalani rutin check perut......tp x g pun
19/1/2012  : Khamis, ke klinikcheck perut. kene minum air gula lagi. konon berat naik x seimbang. aku ke vitro farmasi check tekanan gula haye 4.3. waktu yg sama timbang along ihsan dan ambik ubat cacing
21/1/2012  : Sabtu, ke darus syifa, teman suami
25/1/0212  : Rabu hospital kuala kangsar. teman suami ambik ubat tahan sakit. suami dapt mc 2 hari. malm nanti, Insya ALLAH ke darus syifa.
26/1/2012 : Khamis, aku kena ke KKIA minum air gula. mg tiada ape2 yg merungsingkan hati.
31/1/2012 : Selasa, Insya ALLAH, aku akan temani suami ke Hospital Ipoh utk menjalani scan penyakitnya.
2/2/2012   : Khamis,.rutin aku untuk check perut dan juga scan utk kali terakhir. sudah 35 m. Ya ALLAH, mg anak yg ku kandung ini sihat walafiat
15/2/2012 : Appoinment suami dgn hospital ipoh

YA ALLAH............inilah ujian yang kami perlu tempuhi. jadikan kami hamba yang reda dgn ujian ini. jgnlah KAU bebankan sesuatu yg xsanggup kami tempuhi..........Amin

Saturday, January 21, 2012

darus syifa

semalam 21 jan, aku dan suami ke daru syifa.
dalam keadaanku yg tengah sarat ku gagahi memandu kereta membawa suami...
walaupun ku aku sebenarya tak kuat tapi aku perlu tabah..
semoga baby di dlam kandungan ini akan sekuat umminya.
sesampai di sana, terlihat kelibat seorang ustaz di bawah.
dia pun mcm tau2 je suami ku tak sihat..terus di pelawa naik ke atas.
kami hanye mampu berusaha..
menurut ustaz suamiku mungkin ade masalah jantung
dan ade sedikit ganguan yg menyebabkan selerra makan hilang
YA ALLAH...kepadaMU. kami berserah...
sembuhkanla penyakit suamiku dari badannya..
kurniakanku kekuatan di dallam menghadapi ujian ini..........
hanye padaMU aku bertawakal.....AMIN

Monday, January 16, 2012

dugaan hidup

hari nie aku dan suami ke hospital ipoh bertemu dgn doktor pakar. dr fauziah. Alhamdulillah, dia ada. setelah ditanye serba sedikit tentang suamiku, dia suruh buat xray perut. hasilnya, xray tak berapa jelas, dia suruh buat ujian darah dan scan diperut. dia sendiri pun tak berani memberi ape2 keputusan tentang penyakit suamiku. yang pasti, dia seperti mengandaikan suamiku ada kanser.
YA ALLAH, janganlah KAu bebanku ape yang tidak aku tanggung. aku cuba tabah. walaupun aku tidak kuat. bermacam-macam yang aku fikirkan. aku cube kuat demi anak yang aku kandung, Along Ihsan. kadang2 aku kasihan melihat along. bile aku tidak larat, sepatutnya abahnya mengambil alih tetapi apakan daya abahnya juga tidak sihat.
YA ALLAH..panjangkan umur suamiku
aku rela menjadi ganti...
aku tidak sanggup mengharungi hidup ini tanpa suami disisi
aku tidak mampu YA ALLAH.
perkahwinan kami baru 3 tahun setengah...
terasa bersalah...seolah-olah aku tidak menjaga suamiku dengan baik....
YA ALLAH............ampunila dosaku.
aku tahu ini semua adalah pinjaman dariMU, YA ALLAH.
semoga ujian ini menjadikan kami lebih bersyukur........sentiasa bermuhasabah.......betapa banyaknya dosa kami. semoga kesakitan ini akan mendekatkan lagi kami dengan MU. YA ALLAH

Saturday, January 7, 2012

7 januari 2012

hari nie aku teman suami check sakit dia kat klinik..
doktor cakap all suspected coz berat badannya turun terlalu banyak
dia refer han doktor fauziah di hospital ipoh atau pun buat rawatan hospital pantai. coz dalm 5ribu ke atas..
hajat nak g hospital isnin..mudah2an Allah mudahkan urusan kami. amin