Saturday, January 1, 2011

pengasuh oh pengasuh............

tahun ini buntuku memikirkan tentang pengasuh ihsan. dilema bermula apabila pengasuh lama ihsan yang ku panggil kida ingin ke brunei mengikut suaminya. mula-mula aku tidak kisah sangat kerana memikirkan ade back up pengasuh.
rupa-rupa ini adalah ujian buatku. apabila bertemu dengan back up pengasuh, aku mula membuat perbandingan antara pengasuh lama dan baru. baru ku sedar bahawa kida yang terbaik. aku membuat keputusan bertanya kembali kepada kida. namun jawapan tetap sama, dia ingin ke brunei.
aku mencari pengasuh lain. alhamdulillah, pencarianku berakhir. apa yang penting, pengasuh baru iaitu ksara dapat mendidik anakku menjadi orang yang beriman. percubaan selama 2 hari mungkin tidak cukup untuk menilai ksara. hatiku risau memikirkan si ihsan yang tidak mahu langsung berenggang semasa aku menghantarnya dan menangis dengan kuat. apa boleh ku buat, sekolah sudah kembali bermula.
tiba-tiba tanggal 1/1/11 kida pengasuh lama menelefonku bertanyakan ihsan dan mahu mengasuhnya kembali. apa yang patut aku buat? memang di sudut hatiku ingin ihsan kembali bersamanya tetapi aku sudah berjanji dengan kak sara dan waktu yang sama aku telah melukakan hati back up pengasuh.
ya ALLAH, berilah aku petunjuk. moga ada hikmat disebaliknya. Tahun 2011 berbagai-bagai dugaan yang perlu aku hadapi berbanding 2010. YA ALLAH, kurniakanku kekuatan. Amin

No comments:

Post a Comment