Friday, November 11, 2011

resipi bubur asyura penang

300 gm. kacang tanah
300 gm. kacang merah
300 gm sagu kecil
300 gm. kacang hijau
3 ketul ubi keledek merah
6 batang jagung mentah / 1 tin jagung
1 ikat pisang raja yang masak
4 helai daun pandan
300 gm.biji gandum(gandum untuk dibuat bubur)
100 gm gula merah / gula kabung
200 gm. gula putih
500 gm pati santan ( 2 biji kelapa diambil santan nya)
Garam secukup rasa

CARA CARA MEMBUATNYA:
1. Kesemua kekacang tadi direbus hingga enpuk, dan asingkan.
2. Jagung mentah diambil isinya dan dibuang batangnya (jika gunakan jagung
mentah),Jika gunakan jagung tin, tuangkan terus.
3. Gandum direbus hingga kembang. Keledek pula dipotong dadu, asingkan.
4..Sagu dibersihkan dan ditoskan, asingkan.
5. Pisang raja dikupas dan dipotong bulat bulat, asingkan.
6. Masak air dan gula (boleh dikurangkan gulanya jika mahu kurangkan manis).
Masukkan daun pandan. Setelah hancur gulanya, masukkan pula kekacang.
gandum, jagung mentah dan kacau lah hingga sebati. Masukkan pula keledek
dan santan ditambah dengan air secukupnya, kacau dan masukkan pula sagu
dan pisang juga garam secukup rasa, kemudian kacau dan biarkan ia mendidih.
7. Setelah empuk ubinya kecilkan api, buat seketika dan angkat lah untuk
dihidangkan sempena awal muharam.

No comments:

Post a Comment