si comelkuuuu

si comelkuuuu

Sunday, February 27, 2011

pemantauan jqaf

ya ALLAH...
bantulah aku dlm menghadapi pemnatauan esok
mudahkanlah urusanku..
lancarkanlah lidahku agar mrk faham percakapanku.............

Monday, February 21, 2011

keje...keje....keje

kerna keje
ku lupe segalanye
lupe tanggungjawab kpd keluarga
lupe tanggungjawab kp agama

Ya ALLAH
aku semakin jauh dengan rahmat_MU
malam ku haye terfikirkan kejeku yang sentiasa x henti2 tibe
keje sekolah
keje yang tiada akhirnya
bkn semakin berkurang
tetapi makinnnnnnnn bertambah

Ya ALLAH
malam ku bukanyya tahajud
sekadar bangun memikirkan
syukur umurku masih panjang

YA ALLAH
pagiku bukanyya dhuha
tp menghadap papan skrin
facebookk

ya ALLAH
hati ini makin mati
jauh dgn nurMU

ya ALLAH
kembalikan aku dgn hidayahMU
sesungguhnya aku merindui rahmatMU
aku merindui sgt2 aku sentiasa mengingatiMU
aku kehilangan itu semua
dekatkanla aku denganya

Thursday, February 10, 2011

comelku demam

hari ini ku cuti lagi buat kali kedua. si comelku masih lagi tak kebah2 demamnya. penat gak sebab malam dia x nak tidur. itula pengorbanan ibu kita membesarkan kita
minggu lepas kami pulang ke kelantan...ihsan cirit. mungkin tersilap makan masa o e way pulang. susu pun x brp nak makan. kakak ipar ku kata mungkin cacing.

petua nak elak cacing. daun kapal terbang dan kapur diramas dan sapu diperut.

aku cube buat nampak ihsan ok sikit. hari jumaat ku sibuk  memasak gulai sebab malam nak buat solat hajat untuk ibuku yang x berapa sihat. hari sabtu konon2 nak la pegila shoping di kb. x sampai 20 minit shoping, ihsan cirit lagi. terpaksala ku pulang tanpa sempat window shopingg

ahad ku pulang ke perak. isnin, ihsan masih lagi cirit. aku dan suami bawala ihsan ke klinik.ingatkan bile dah makan ubat makin baik tapi demam ihsan makin bertambah.

tanggal 10.2 aku terpaksa bawa ihsan ke hospital. setelah diambil ujian darah ade sedikit kuman dalam darahnya. Alhamdulillah, tiada denggi

ihsan sayang, cepatlah sembuh. ummi rindu gelak tawamu..senyumanmu

Wednesday, February 9, 2011

resepi kek pisang

2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
2 cawan pisang lecek
1 1/4 cawan minyak masak
2 sudu bikabornat
sedikit garam

1) ayak tepung gandum dan soda
2) bahan lain di blender
3) kacau sebati dengan gandum
4) bakar

resepi dah ade ambik dengan kakak ipar, tapi sampai sekarng belum dibuat2