si comelkuuuu

si comelkuuuu

Thursday, March 24, 2011

mtq

mtq...
majlis tadarus al-quran
mencungkil bakat para peserta
namun
kekadang penilaian manusia pasti berbeza
berbakat di mata kita tidak di mata orang
kesian sungguh kpd yg kita rase berbakat tetapi disingkirkan
begitulah nasib hafiy
si celik quran
mampu menghafaz juz amma
lantarn kurang fasohah di telinga seseorang 
dia tidak mampu mewakili sekolah

Thursday, March 17, 2011

17 mac 2011

blk dr kelate, aku dan che abe singgah jap di pejabat peguam yoga. bknnya ape.. nak urus pasal umah kami. kekadang terase keliru, takut, bimbang betulkah ini keputusan yg kami buat. YA ALLAH, kurniakan daku petunjuk_MU

Tuesday, March 15, 2011

belajar berdiri

14 mac 2011
ihsan dah boleh berdiri dimeja laptop tanpa bantuan sesiapa..
Alhamdulillah...
sekarang ummi dan abah menanti saat along berjalan pulak...
bilakah saat itu akan tiba sayang?
dok umah tok mulut x henti2 berbunyi..
sampaikan ummi rase nak aje ambik kapas tutup telinga
sekali sekala terasa pulak lawak

Sunday, March 13, 2011

jenis darah

didikan ibubapa

TAZKIRAH:Didikan Ibubapa Dalam Mencorak Anak-anak

Hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat daripada email, yang membuatkan hati saya amat tersentuh.

Ceritanya begini, suatu hari,ada seorang ustaz tu travel, saya kurang ingat ke mana dan dari mana.Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yg mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Si suami seorg guru pen. kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tgh hari tapi belum zohor. Kedua2 suami isteri ini masih di sekolah. Walaubagaimanapun beberapa orang dari 8 org anak mereka yg kesemuanya lelaki yg mana yg paling tua dlm tingkatan satu & yg paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah.

Waktu zohor masuk. Abang yg tua mengajak semua adik2nya yg baru pulang utk solat berjemaah dgn dia sendiri sbg imam. Sewaktu dlm rakaat kedua, salah seorg adiknya yg berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yg sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah. Dia ikut ruku' apabila imam ruku' Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam, dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yg tertinggal. Subhanallah...adik yg berumur 8 thn ini sudah pandai masbuk... ustaz yg melihat terkejut dan kami yg mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak2 yg masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua org tua mereka atau mana2 org dewasa dan tanpa disuruh2.
Cerita tak berakhir di situ. Ustaz bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustaz menyangka dialah yg paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak2 kecil semuanya sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 org budak lelaki dgn yg paling tua berumur 13 thn dan yg ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak2nya di tikar sembahyang dgn sabar sambil berzikir. Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustaz). Sewaktu hendak mula solat, si ibu meletakkan anak bongsunya yg masih bayi (yg sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah spjg mereka solat.

Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ. Ustaz tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila
hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata,  "anak2... hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa...". Dan 8
org anak termasuk si ibu dgn tekun mendengar kuliah subuh yg disampaikan. Subhanallah... bila ditanya kpd si ayah mengapa didikan sedemikian diberi kpd anak2 nya dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan isterinya sebelum mati. Mereka berharap agar anak2 lelakinya yg 8 org itu dpt membacakan sekurang2nya fatihah utk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.Lagipun anak2 mereka semuanya lelaki... pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak2 mereka terabai tanpa pedoman...

Cuba kita tanya diri kita sendiri..
1.Berapa ramai keluarga Islam hari ini yg dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga?...
2.Berapa ramai anak2 Islam berumur 8 thn yg pandai solat masbuk...?
3.Berapa ramai anak2 berumur 13 thn yg pandai mengimami solat memimpin adik2 mereka... dan
4.Berapa ramai ibubapa yg berjaya mendidik anak2 mereka sedemikian rupa yg taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yg lebih dewasa...?
Moga apa yg saya sampaikan ini menjadi pedoman dan i'tibar buat kita semua yg rata2nya sudah berumahtangga....

"Teruskan Perjuangan dengan IMAN dan UKHUWWAH"
Ditakdirkan dicabut nyawa seorang ayah.... mampukah seorang anak sekurang-kurangnya berjemaah mensolatkan jenazah ayahnya........?? takala satu jenazah dimandi dan dikapankan..rohnya berada disisinya....dapatlah roh tersebut melihat anak-anak yang disayangi sibuk menolong menyempurnakan batang tubuhnya yang telah kaku itu.... bayangkan anda sebagai roh tersebut melihat anak-anak anda yang baik-baik itu lari (berbagai alasan) bila tiba masa mensolatkan jenazah anda.......
nauzubillah

kejadian manusia

SAINS: Kejadian manusia dari sudut pandangan Islam


    
    zigot                                                      embrio
   
  fetus                                                bayi
Dalam al quran ada menerangkan bahawa manusia diciptakan oleh Allah, sepertimana makluk-makluk lain dimuka bumi serta alam semesta. Allah jugalah yang ,menjadikan bumi dan planet-planet lain dicakerawala.
Allah berfirman di dalam Al-Quran mengenai tahap-tahap penciptaan manusia:
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari air yang tersaring dari tanah;kemudian kami jadikan ia setitis mani (nutfah); lalu Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah ('alaqah); lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging (mudghah); kemudian Lami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balutkan tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifatnya keadaannya. Mala nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. (surah Al-Mu'minun :ayat 12-14).
Ayat diatas menerangkan tentang kejadian manusia yang pertama iaitu nabi adam a.s. bermualanya penciptaan manusia adalah dari tanah, kemudian tanah itu disaring dan diambil airnya dan ditukarkan menjadi air mani, dari air mani dijadikan darah beku kamudian dari seketul darah itu dijadikan daging. Dari daging itu maka diciptakan pula tulang temulang maka disaluti pula tulang-tulang itu dengan daging setelah itu dibentukan menjadi manusia lalu ditiupkan roh. Penciptaan Hawa pula berasal dari tulang rusuk nabi adam.
Kejadian manusia di dalam rahim ibu adalah berbeza sedikit. Ia bermula dari air mani kemudian menjadi seketul darah kemudia menjadi daging dan ditukarkan menjadi tulang dan tulang pula dibalut dengan daging dan dibentuk pula menjadi manusia yang berbeza-beza, akhirnya ditiupkan roh.
Jika dibandingkan dengan penemuan saintis-saintis barat pada hari ini adalah sama sepertimana yang telah dinyatakan di dalam al quran. Dari aspek sain, bermulanya kejadian manusia di dalam rahim ibu adalah dari penemuan gamet jantan dan gamet betina didalam rahim kemudian bercantum menjadi embrio (menyerupai segumpal darah), dari embrio membahagi dan kemudian menjadi plasenta (menyerupai seketul daging), fetus (menyerupai bayi tetapi dalam saiz yang sangat kecil ) dan akhirnya berkembang menjadi bayi.
Begitulah kebesaran Allah, tiada siapa dapat menandinginya. Allah maha mengetahui sesuatu yang tidak diketahui oleh manusia. Semoga kita berpegang teguh dengan ajaran agama Islam.   

tazkirah

TAZKIRAH: Gunakanlah Masa...

Demi masa.. sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beramal soleh dan berpesan-pesan ke arah kebaikan.Begitulah maksud surah Al-asr di atas. Adakah kita menggunakan masa dengan sebaiknya?
Imam Al-ghazali pernah bertanya; “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?” dan jawapannya; adalah MASA LALU. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan kembalikan masa yang telah berlalu. Oleh itu, kita harus menjaga hari-hari yang akan mendatang dengan perbuatan yang sesuai dalam ajaran agama kita.
Oleh itu,gunakanlah masa...
1. Untuk berfikir, kerana masa adalah sumber kekuatan
2. Untuk bermain, kerana masa adalah tangki bekalan untuk
sentiasa kelihatan muda.
3. Untuk membaca, kerana masa adalah asas kebijaksanaan
4. Untuk mengasihi dan dikasihi, kerana keimanan adalah jalan
menuju kebahagiaan.
5. Untuk menjalin persaudaraan, kerana masa adalah jalan
menuju kebahagiaan
6. Untuk berjenaka, kerana masa adalah penyeri suasana kehidupan
7. Untuk bersedekah, kerana hidup ini terlalu singkat untuk
membentuk diri sebagai seorang yang kedekut.
8. Untuk bekerja, kerana masa adalah harga sebuah kejayaan;
tetapi Jangan gunakan masa untuk perkara yang sia-sia.
9. Untuk kuasa perintahmu, kerana amalan pemerintahan yang adil
menunggu diakhirat kelak.
10. Dengan sebaiknya, kerana masa kamu akan tiba untuk di hisab nanti.

Subhanallah.

ihsan..ihsan ...oh ihsan

genaplah sudah simanjaku ihsan berumur 14 bulan
tetapi sampai skrg belum berjalan
dr semalam asyik meragam
cukup mengajar aku erti kesabaran
sekali sekala rase tertekan
tetapi terkenang pula saat aku seusianya

Tuesday, March 1, 2011

rumah oh rumah

sukar utkku
membuat keputusan
taman seroja...serai emas atau chandan puteri

taman seroja rumah impian
seronok melihat keindahan dunia
pemandangan cantik
luas halaman
tetapi jauh dr segalanya
masjid, sekolah, mahupun teman-teman rapat
ramai cina dr islam
hati takut byknya anjing

serai emas
taman lama
ramai islam
rumah sederhana
tetapi dekat dgn surau

chandan puteri
lokasi strategik
dkt dgn kolej islam
hatiku berkenan dgn suasana
utk mendidik anakanda tercinta
tetapi rumah yg berkenan
tiade lg utk dimiliki

Ya ALLAH...kurniakanla daku petunjukMU
mg hidayahMU memudahkanku membuat keputusan
tetapkanlah yg terbaik utku
krnku hamba yg lemah
hamba yg x berdaya