si comelkuuuu

si comelkuuuu

Sunday, March 13, 2011

tazkirah

TAZKIRAH: Gunakanlah Masa...

Demi masa.. sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali mereka yang beramal soleh dan berpesan-pesan ke arah kebaikan.Begitulah maksud surah Al-asr di atas. Adakah kita menggunakan masa dengan sebaiknya?
Imam Al-ghazali pernah bertanya; “Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?” dan jawapannya; adalah MASA LALU. Walau dengan apa cara sekali pun kita tidak akan kembalikan masa yang telah berlalu. Oleh itu, kita harus menjaga hari-hari yang akan mendatang dengan perbuatan yang sesuai dalam ajaran agama kita.
Oleh itu,gunakanlah masa...
1. Untuk berfikir, kerana masa adalah sumber kekuatan
2. Untuk bermain, kerana masa adalah tangki bekalan untuk
sentiasa kelihatan muda.
3. Untuk membaca, kerana masa adalah asas kebijaksanaan
4. Untuk mengasihi dan dikasihi, kerana keimanan adalah jalan
menuju kebahagiaan.
5. Untuk menjalin persaudaraan, kerana masa adalah jalan
menuju kebahagiaan
6. Untuk berjenaka, kerana masa adalah penyeri suasana kehidupan
7. Untuk bersedekah, kerana hidup ini terlalu singkat untuk
membentuk diri sebagai seorang yang kedekut.
8. Untuk bekerja, kerana masa adalah harga sebuah kejayaan;
tetapi Jangan gunakan masa untuk perkara yang sia-sia.
9. Untuk kuasa perintahmu, kerana amalan pemerintahan yang adil
menunggu diakhirat kelak.
10. Dengan sebaiknya, kerana masa kamu akan tiba untuk di hisab nanti.

Subhanallah.

No comments:

Post a Comment